Mari Kita Mengarang

Hari ni saya ada kawan baru lagi. Dia orang baru yang datang hari ni. Seperti biasa, aku tak tahan dan mesti berkenalan dengan orang baru sebab saya rasa orang baru perlu diberi rasa kepunyaan pada hari pertama kerja. Saya juga mengajak dia makan bersama masa tengahari jika dia sudi esok atau pada hari yang berikutan. Nak makan bersama ke tak pun tidak apa, yang pentingnya, saya sudah bertanya. Saya faham benar perasaan makan berseorangan pada hari pertama kerja. Sunyi dan sepi. Pernah mencuba dulu masa pertama kali bekerja dan tidak mahu melaluinya lagi.

Saya bukannya takut makan seorang. Kekadang saya suka sangat menikmati masa makan seorangan di rumah. Nak letak kaki sini ke, sana ke, nak baring makan ke, nak jilat jari ke, nak makan dengan kaki kangkang ke, suka hati. Tapi kalau kat luar, saya lebih gemar jika ada teman.

Kita juga sama-sama menurun tangga dari tingkat lima ke tingkat bawah sebab lif rosak. Kita kemudiannya sama-sama berjalan ke tempat letak kereta. Saya rasa umurnya tak sebaya dengan saya. Mungkin tua sikit kot. Tapi tidak menjadi masalah sebab saya ni kan peramah? Hahahahaa.

Tanya pasal umur ni bagi sesetengah perempuan agak sensitif. Tapi bagi saya okay, kalau ada orang tanya umur saya, saya bagi tahu aje. Bukannya ada apa-apa. Aku bangga dengan umur saya ni yang dalam lingkungan umur 20-30. Umur ni banyak pasal self-discovery. Minta maaf, tak terlintas minda apa dia perkataan dalam Bahasa Malaysia untuk self-discovery.

Saya juga suka bekerja. Masa kerja, dapat menimba ilmu, melihat pelbagai ragam manusia yang kadang-kadang comel dan ada kalanya buat leher macam rasa tercekik maksimum, memakai baju formal/casual yang lawa-lawa, dan yang paling penting sekali, dapat gaji masa akhir bulan. Dalam setahun, pasti ada 12 hari yang buat anda rasa gembira. Kenapa? Sebab masuk gaji lah!

Adik dah mengantuk ni. Sekian sahaja buat kali ni. Kita bersambung esok.

Selamat malam dan salam sejahtera.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.