Cuaca Hujan Semalam Sebenarnya

…tapi hari ini cerah sikit.

Yes, my friends, I cried. I presume it’s a monthly ritual. But it was just a small drizzle, not the raining cats and dogs kind.

This morning when I was walking to the car, ada juga rasa macam air mata akan menitis tetapi dihirup balik in the name of “ketabahan”. Sometimes kita kena pertahankan ketabahan kita walaupun kita rasa koyak sekali.

Dalam masa sehari ini, kepala saya memang sakit sebab kena menelan informasi yang keterlaluan dan kompleks dalam jangka masa yang singkat. Saya memang khuatir jika kesesakan lalu lintas akan berlaku dan fius otak saya akan terbakar tiba-tiba.

Saya ni dah tidak berapa minat nak bercakap dah. Dah lah senyap, bertambah lagi senyap kebelakangan ini. Untuk melegakan hati, saya terus meresap informasi yang tidak siap saya menelan sepanjang hari tadi malam ini sebab dah kesuntukan masa. Syukurnya, dapat juga saya memahami sedikit sebanyak isi yang tersirat dalam ayat-ayat yang kompleks. Tetapi…tak siap juga malam ni..

Walau bagaimanapun, saya bukannya raksasa.. jadi untuk menyayangi otak, mata dan jantung saya, saya membuat keputusan untuk menyerah takdir saya esok dan mencuba sedaya-upaya untuk melaksanakan tugas dengan sebaik dan secepat mungkin.

Jikalau saya gagal, sekurang-kurangnya saya tahu saya dah cuba sedaya-upaya.

Moga-moga matahari akan terbit esok.

2 comments

  1. I’m really impressed with ur Bahasa, still can write so well after many years of SPM. Now it’s hard for me to even make up a paragraph

    Harap-harap matahari kau dah terbit :d

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *